Sejak 1 Julai haritu cikgu Sejarah dah bagi penerangan utk kami Batch 99 buat tugasan / rencana utk PT3 . Cici kene siapkan rencana ni dlm 3 minggu . Rasa mcm na nangis sbb selama nih ta tahu menahu tentang na buat rencana . Then , skrg nih penilaian PT3 utk Sej n Geo kene buat rencana . Pening kepala memikirkannya . Stress pon ade !
Bila Cici asyik mengeluh je , Mama selalu tanye n pujuk . "Think positif , InsyaAllah , Allah akan mudahkan segalanya kalau kita terus berusaha .. " Itu lah ayat yg Mama selalu beri kat Cici . memang nampak simple , tapi ayat tu yg selalu beri dorongan utk Cici lakukan setiap tugasan yg diberi ..
Doakan Cici mendapat keputusan yg cemerlang di dlm PT3 ini . Dan mendapat markah penuh utk rencana ini .
Tugasan Sejarah PT3
1. Format instrumen pelbagai : kajian kes
2. Panjang tugasan : 300 patah perkataan
3. Tempoh tugasan :
- Diselesaikan dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran
- Ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
- Dilakukan oleh pelajar selepas bimbingan guru
4. Pelajar tidak hadir : masih tertakluk pada tarikh penghantaran
5. Markah dimasukkan dalam pelaporan PT3
6. Tiada proses semak semula untuk tugasan kajian kes
PELAKSANAAN
Bil
|
Tarikh
|
Huraian/ perkara/ aktiviti
|
Catatan
|
1
|
30/6/2014
|
Mendengar taklimat daripada guru
|
|
2
|
|
Membuat rujukan lanjut ke laman web kementerian Pendidikan/ LPM
|
|
3
|
|
Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan
|
|
4
|
|
Menentukan tajuk tugasan
|
|
5
|
|
Membuat kajian perpustakaan
|
|
6
|
|
Membuat kajian internet
|
|
7
|
|
Membuat kerangka kasar
|
|
8
|
|
Merujuk guru tentang huraian tugasan
|
|
9
|
|
Membuat draf akhir
|
|
10
|
15/7/2014
|
Menulis rencana ikut format
|
|
11
|
16/7/2014
|
Menyemak tugasan
|
|
12
|
17/7/2014
|
Menghantar laporan
|
|

Jadual kerja ( 10 markah )1. Objektif kajian
· Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
· Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
· Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
· Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
2. Menetapkan kaedah kajian
· Membaca akhbar tempatan
· Merujuk buku teks atau rujukan
· Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan
3. Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia
4. Menyediakan kerangka kasar penulisan
Draf / kerangka awal 1. Tajuk rencana : Perpaduan Kaum di Malaysia
2. Nama penulis : Nama calon
3. Isi kandungan : bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum (cadangan)
· Dasar pecah dan perintah British
· Sistem pendidikan zaman British
· Pendudukan Jepun
· Peristiwa 13 Mei
· Isu agama dan budaya- trend terkini
(b) Kepentingan perpaduan kaum (cadangan)
· mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
· memelihara kedaulatan Negara
· mewujudkan perasaan cinta kepada Negara / patriotisme
· meningkatkan imej Negara di mata dunia
· membangunkan ekonomi negara
· mengekalkan kestabilan politik
· membina masyarakat yang saling menghormati
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (cadangan)
· Peristiwa 13 Mei
· Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
· Penubuhan parti politik
· Isu perkauman (bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan)
· Dasar pendidikan kebangsaan
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum (cadangan)
· kewujudan pelbagai aliran sekolah
· parti politik berasaskan kaum
· kesan dasar penjajahan british
· Sikap individulistik dalam masyarakat
· Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
· Campurtangan kuasa luar
(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia (cadangan)
· Kempen kerajaan
· Program RIMUP
· Gotong royong
· Rumah terbuka
· Sambutan perayaan
· Program sukan
· Slogan I Malaysia
· Aktiviti kokurikulum
(f) Membuat rumusan (cadangan)
Pengetahuan
· Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
· Berdasarkan peristiwa sejarah lama (apa peristiwanya) kita wajar ........
· Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
Iktibar
· Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan (saya berharap agar.....)
· Sentiasa mematuhi undang-undang / peraturan
· Tidak terpengaruh dengan anasir luar
· Menghargai jasa tokoh
(g) Menyenaraikan sumber rujukan - buku / internet / akhbar / majalah / orang sumber
Contoh sumber rujukan :
BUKU
Lotfi Ismail , 1988 . Sejarah Malaysia 1400-1963 . Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd
JURNAL
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman
Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak, 68100 Selangor.
Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra, 45 JalanTun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.
VCD
Tajuk program, terbitan.
Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.
Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm